Susah untuk aku mengatur kata..
Kata-kata yang selama ni terbuku di hati..
Adakah aku yang terlalu memaksa..
Atau tiada lagi ruang untuk diri ini..
Sering aku bertanya , " Adakah dia menyayangiku ? "
Tahukah dia antara alasan aku bertanya ?
Buat dirimu disana..
Aku menyayangimu seadanya..
Alasanku mengapa sering kali aku bertanya..
Adalah kerana aku jua ingin kau menerimaku seadanya..
Aku pasrah setelah sekian lama..
Kau menyepi hanya kerana titik hitam yang pernah melanda jiwa..
Hanya air mata menjadi teman..
Hanya coretan yang mengisi kekosongan..
Hanya penantian yang akan menentukan..
Hanya doa yang dapatku hadiahkan..
Aku , hanyalah seorang wanita biasa..
Aku sedar dengan kekurangan yang ada..
Kerana kekurangan inilah yang membuatkan aku tertanya-tanya..
Adakah dia sudi menerimaku seadanya.?
Bagaimana lagi harusku buktikan segalanya..
Sekiranya tidak lansung diberi ruang tuk berbicara..
Luluh hati ini tatkala mendengar tuduhan melulu darinya..
Tak terdaya tuk melawan kata-kata..
Aku redha dengan ketentuanMu..
KeranaMu aku mengenalinya..
KeranaMu hatiku terbuka..
KeranaMu juga aku mencintanya..
Jika takdir telah menentukan segalanya..
Aku terima seadanya..
Biarlah diriku yang terluka..
Asalkan dia bertemu bahagia..
Ya Allah , kau lindungilah dia..
Lembutkanlah hatinya..
Kau berkatilah hidupnya..
Permudahkanlah rezekinya..
Buat insan yang ku kasihi..
Izinkan aku bertanya..
Salahkah aku mencintaimu.?
Huraikanlah ia seikhlas kata..
Mungkin tidak pada diriku ini..
Tapi , memadailah pada dirimu sendiri.. :'(
No comments:
Post a Comment